
|
Peace Owner ![]() Hi there~ Welcome to my cutie peace blog! ^^ REPLACE WITH YOUR OWN WORDS
PAUSE HERE
Peace Backgrounds Peace Secret Boxes
| Pilihan Bismillah. Awal pagi aku bangun hanya sebab nak berebut komputer dengan tentera-tentera yang ada kat rumah semata-mata nak update entry. Ehee. Bukanlah nak kata selama ni bangun lambat. Cumanya, setiap kali bangun Subuh je mesti dah ada yang terpacak depan laptop. Tuu ntah tahajjud ke idok. Baca tajuk pun dah paham kan? Straight to the point je lahh kan. Just nak share cerita dn pengalaman 2 hari aku kat sana. Ehh, bukan aku. Kami. Jemaah itu lebih indah bukan? Tanggal 21 December. Cehh. Hahaha, seperti yang dirancang. Seawal 6.45 pagi kitaorang kena kumpul dekat petron. Bukan sebab ape pun. Cuma, nak konvoi pergi KTM sesama je. Annoying kan. Hehe. Tapi, aku merancang. Kita juga merancang. Allah tetap sebaik-baik perancang. Ditakdirkan ade sorang minah ni pukul 7 baru nak iron tudung --' Okay, gerak dari KTM Klang sampailah ke KL Sentral. Then, amik LRT dan terus ke setiawangsa. Tiba je kat sana. Tahu tak? Takde orang langsung. Nampak tak terlebih eksited nya tuu. Semangat berkobar-kobar tuu. Maklumlah, first time. Dalam jadual, pendaftaran pukul 11. Tahu kitaorang sampai pukul berapa? Tak silap aku pukul 9. Awal gilaaa. 2 jam awal pulak tuu. Dengan tak sarapannya. Pastu, beranikan diri turun dari LRT tuu carik kedai makan kat area situu. Pengarah program memang dah habak awai-awai suh tunggu lagu tuu je. Tapi, sebab lapar menguasai kitaorang turun jugak. Dahtuu? Takde orang en. Nak tunggu ape lagi. Kedai makan satu pun takde. Hapelahhh. Kmfem laku kalau bukak kedai makan situ. Yang ade cuma kedai roti je. Haaa, bedal. Roti pun sedapkan? Time duduk-duduk makan situ sat, kitaorang contact brader yg uruskan bahagian pendaftaran. "Assalamualaikum, brader. Dah sampai. Nak tunggu kat mana?" "Dah sampai? Awalnyeeee" sambil buat emoji nangis. "Berapa orang" dia tanya lagi. "Adalah dalam 10 orang" Tak lama lepastuu, aku nampak kelibat seorang laki ni berbaju kuning lalu depan kedai. Macam kenal. "Nurin, tuu bukan Aiman ke?" Aiman tuu laa yg pengarah program SD ni kalau nak tahu. "Itulah, macam. Tapi, dia terus je. Kat depan tuu kot masjidnya. Jomlah kita jalan. Ntah-ntah dia carik kita kot" Perasan sikit lah kann. hahaha Kitaorang kemas-kemas balik dan bangun keluar dari kedai tuu. Dalam beberapa langkah, nampak ada dua brader atas bukit. Berbelakangkan masjid yg kitaorang carik tuu lah. Alahai, tuu budak SD ke? Berbaju putih dannn.. kuning. Itu Aiman! Sah diaorang memang carik kitaorang tadi. Maklumlah, terlebih awal. Taktahu laa nak explain macam mana. Semua yang nak malu-malu ni kenapa? Then, brader baju putih tuu tegur. Tengok nama dia kat belakang baju. Ohh, brader ni laa yg conduct bahagian pendaftaran. "Ini peserta street dakwah ke?" Memasing tak bersuara. Angguk je. Pandang pun tak. Amboi, sejak bila memasing gheti malu ni. Hahaha "Ermm, belakang ni masjidnya. Adik bla bla bla bla" Aku tumpukan sajalah. Tapi, yang paling aku ingat ayat last dia. "Adik masuk dulu duduk kat mana-mana sebab meja pendaftaran tak bukak lagi" Aduhaii. Itulahh. Over eksited sangat datang awai-awai. Meja pendaftaran pun tak bukak lagi tau. Ikutkan je lahh jalan yang dia bagi tadi. Yang tadi diam baru reti nak bukak mulut. Sambil jalan tuu dok pot pet pot pet. Sampai je dalam masjid tuu amik port rehat laa sementara tunggu meja pendaftaran bukak. Tak lama lepastu, dapat wassap. "Awak yang ramai-ramai tadi tuu ke?" Alahai. Rasa macam taknak mengaku je time tuu. Padahal masjid depan mata pun boleh tak perasan. "Jangan ngaku. Kata je kita dah sampai masjid lalu jalan lain" hahaha, gendeng je memasing. Masuk je kat ruang solat perempuan tuu, nampak ada segelintir laa kaum sendiri dalam tuu tengah duduk-duduk. Rasa rendah diri sangat bila memasing berniqab. Paham tak perasaannya bila hanya kitaorang je yang bertudung labuh. Allah. Tapi, takpe lah. Still tutup aurat tuu kira okaylah. Aku terus masuk cerita lepas pendaftaran. Dimulakan dengan solot zohor. Lepas solat zohor, ada makan-makan sikit. Makan tengah hari. Terserlah kebuluran memasing sebab tengok polistrine semua licin. Hahaha. Lepastu, barulah start. Kitaorang dikumpulkan dekat satu dewan ni di bawah masjid. Bermulalah sesi slot. Permulaan tuu kami tak kenal pun lagi fasi dan komiti. Cuma, nampak beberapa kerat je. Itupun takleh bezakan lagi antara dorang dan peserta. Tengok peserta-peserta nya pun semua di kalangan mahasiswa mahasiswi. Rasa macam.. Paling muda je. So, kitaorang pun paham-paham sendirilah. Time slot tuu duduk belakangggg sekali. Ada 3 slot. Slot tuu semua diajar cara nak dekati mad'u dan semuanya lah. Sampai ada satu slot. Ezry Kahfi dengan sorang brader jemputan ni yang bagi talk. Dia kasi soalan-soalan yang umpamanya akan disoal oleh orang-orang non muslim. Serius talk. Tak pernah terjangka soalan tuu semua. Tak mampu untuk aku share semua. Cukuplah satu dua. "Manusia ni diciptakan dari apa? Kata air mani. Lepastu, dalam Al-Quran ada tulis dari tanah lah, darah lah. Mana satu ni?" "Islam is terrorist!" Macam-macamlah. Tak semua aku mampu ingat. Tapi, soalan dia seriusly. Budak U depan tuu semua pun terdiam taktahu nak jawab apa. Tapi, lepastuu si Talk tuu kasilah jawapan enn. Yang agak ekstrem tuu dia jawab. Then, malamtu barulah para fasi dan komiti perkenalkan diri. Siap trademark semua di ajar. Kau tahu? Sahabat kerana Dia dengan kawan biasa ataupun aca aca sahabat lillah tuu lain tau. Aku tahu semua tahu. Tapi, sungguh aku cakap. Kalau orang yang bebetul sahabat lillah, orang yang memandang pun akan rasa lain macam. Ada feel dia tersendiri. Rasa macam.. Seronok. Ye, memang seronok. Tapi, ada samting yang ikut seronok tuu. Tenang maybe? Tak macam menyampah. Haa, ade paham? Lebih kurang gitulah. Aku habaq tang ni bila tengok style dorang time nak ajar trademark. Sebelum kitaorang diperkenalkan dengan fasi, brader Aiman ada kasi talk sikit. Kira macam kata-kata semangat lah. Dia pesan, "Kita datang sini atas pilihan dari Allah. Dalam banyak-banyak skrip hidup kita, salah satunya Allah pilih untuk hantar kita ke sini. Mungkin juga salah satu petunjuk yang Allah nak kita baiki balik diri kita dengan join aktiviti macamni. Siapa tahu, sekiranya kita dirumah mungkin kita sedang ralit menghadap televisyen. Ataupun buat benda-benda yang langsung tidak mendatangkan faedah untuk kita. Dn bla bla bla" Dia buat aku bukak balik minda aku untuk tajdid balik niat datang sini. Selain, mencari pengalaman juga menambahkan pengetahuan yang sedia cetek ni. "Man qolaa lailahaillallah, fa huwa daie" Seorang pendakwah ini, mestilah mempunya 4 perkara, yakni : 1) Daie - Orang yang berdakwah 2) Mad'u - Orang yang didakwah 3) Maudu' - Pembawaan 4) Uslub - Style dakwah Uslub itu jugaklah yang membezakan antara seseorang daie. Dan dan habis tang tuu, macam biasa. Dalam setiap program mesti ada ice breaking. Mesti ada pembahagian kumpulan. Aduhai. Lemah betul aku bab bab ni. Dahlah paling muda (kononnya). Masing-masing muka dah cuak. Hahaa. Nak buat cemana lagi. Terpaksa buat idea jahat. Sorry brader Aiman, pengakuan jujur dan ikhlas ni. Aku tarik Ummi masuk grup aku. Sab tarik Safiah. Semua ada partner memasing aa kiranya. Ada 7 grup dan aku. Ehh, silap. Aku dan ummi dapatlah grup 7 tuu haaa. Untung-untung pulak dapat fasi yang sangatlah sportingg! Time dalam grup, biasalahh. Taaruf. Tapi, taaruf kitaorang lain sikit. Kakak fasi tuu dia kasi sorang satu kertas, then kena tulis perasaan memasing time tuu. Then, lipat. Tapi, takleh tunjuk kat kawan sebelah. Haaaa! Dah tulis tuu, semua pulangkan balik. Guess what? Kakak tuu kasi balik kertas tuu kat semua orang. Tapi, yang pasti bukan kertas kita yang asal. Okay pahammm. Semua kena kenalkan diri mengkiut feeling yang dia dapat. Aduhaii. Tapi, bersyukur. Perasaan yang aku dapat sama dengan yg aku tulis. Cuma, lain tulisan je :3 Aku siap bisik kat Ummi. Sorry kakak fasi. "Ummi, aku dapat nerves. Nanti kau pura-puralah teka perasaan aku tauu. Taknak lama-lama. Kang tak jadi kena ulang balik" Hahaaa, tuu memang nerves betulkan? Hehe. Tapi, alhamdulillah. Si brader fasi yg teka feeling aku. Hailah Ummi. Lambat. Itu bermakna, jadi lah kan gaya aku tuu? Hahaa. Dalam grup tuu, macam biasalah. Kitaorang laa paling muda. Okay, lepastu kitaorang kena bincang apa tajuk yang kitaorang akan pilih untuk kasitahu kat non-muslim esoknya. So, grup kami pilih aurat. Then, fasi kitaorang gila-gila ketuk macam-macam soalan KBAT yang kemungkinan mad'u ni akan tanya besok. Aku hanya mampu diam. Rasa jugak macam tak berguna kat grup. Yang lain dok curah idea. Yang aku, diam je. Then, kena bncang sekali macam mana cara nak greeted mad'u. Mahu tahu? Semua dok speaking English time tuu. Alahai, ni aku lemah ni. Nak kata aku paham tuu. Tak jugak. Tapi, nak kata aku tak paham tuu. Macamlah jugak. Bahasa, mak aii tinggi-tingginya nahu. Nehi nehi laa aku tak paham. Budak yang sebaya aku dalam grup tuu pun tahu speaking. Aku ngan Ummi je lahh yang mampu ternganga. Nampak tak betapa pentingnya belajar bahasa lain tuu! Tapi, langit tak selalunya cerah. Elok-elok nak bentang malamtu, boleh pulak tetiba kena demam. Bukan senang aku nak demam tauu. Ntah angin apa malam tuu, boleh pulak tetiba demam. Cuak kot kena bentang? Ehee. Tapi, sungguh. Memang aku cuak. Takut kena kaw-kaw dengan fasi. Takut nak cakap kat depan. Macam-macam rasa tuu. Maklumlah wehhh, budak-budak U semua depan tuu. Keyakinan aku sangatlah hampehh. Ntah bila aku boleh atasi. Hm. Sampai pukul 12, Ummi jaga. Thanks laa yayang. Hahaa. Lepastuu, dah habis slot malam tuu terus sihat. Hahaha. Nampak tak permainannya tuu? Ehh, bukan sengaja tauu. Tak mintak pun demam. Tidur nak kata aman tak jugak. Boleh beku duduk dalam bilik tuu. Hari esok pun bermula. Kami dibahagikan kepada 2 trip. Trip 1st akan jalan dulu ke KLCC bagi mengelakkan 'sumpek' nya keadaan dalam LRT yang memang 'sumpek' sejak awai-awai lagi. Aku trip kedua. Maklumlahh, grup last. Sementara ada masa tuu, grup kami flashbalik apa yang dibincangkan malam tadi. Antara 7 grup tuu. Kami dipecah-pecahkan lagi kepada grup yang lebihh kecil. Aduhai, kali ni memang takleh nak menipu. Terpisahlah dengan Ummi. Cehh, dewdiks! Kami dibawa ke taman berhadapan KLCC untuk melakukan solat dhuha. Sungguh lah, cantik sangat pemandangan bila solat kat taman yang berhadapan dengan KLCC. Cantik yang teramat-amat sangat. Ditambah pula dengan keindahan bumi kehijauan pagi tuu yang umpama menyambut kedatangan kami. Subhanallah. Kemudian, pengarah program kasi talk sikit sebelum bermulanya street kami. Kasi semangat sikit kat peserta-pesertanya. Bergemalah trademark kat setiap pelosok taman. Tengok KLCC pun macam goyang sikit dengan trademark kitaorang. Tipu nii. "Malam tadi kita dah bincangkan pelbagai tajuk dalam pembentangan. Mungkin, bagi sesetengah antara korang dah rasa cukup dengan ilmu yang itu. Tapi, untuk pengetahuan korang kena kuasai jugak tajuk grup-grup yang lain. Sebab tuu diadakan pembentangan malam tadi. Bagi menambah lagi pengetahuan korang sebab dalam keadaan sekarang ni kita tak akan tahu mad'u kita akan tanya soalan apa. So, korang kena sentiasa bersedia. Kalau taktahu cakap taktahu. Takut-takut kalau salah, rosak akidah. Okay, sedia?" Bermula lah STREET DAKWAH, ACTION! Macam-macam perasaan time tuu. Grup aku ditugaskan di kawasan taman luar tuu. Senanglah kiranya sebab tak terhad kawasannya. Macam-macam gelagat manusia ketika itu. Semestinya pasangan non-muslim ada. Untuk permulaan tuu yang agak payah untuk kami mulakan. Nasib baik ada kakak U. Ehee. Mad'u pertama kami berbangsa India. Alhamdulillah sangat-sangat, penerimaan yang sangat baik dari dorang. Memula tuu takut jugak kalau dia macam erm paham-pahamlah. Kami tanya mereka tentang opinion mereka terhadap orang islam. Tentang adab kita. Alhamdulillah, jawapan dia sangat positif tentang orang islam. Dia kata orang islam ni friendly. Sehinggalah mad'u ketiga, keempat dan seterusnya. Ada yang dari indon, kami habaq indon. Dari Bangladesh, dari Arab saudi. Macam-macam kelatah jumpa. Nasib baik ada yang terer Arab. Boleh laa berkomunikasi sikit walaupun nahu berterabur. Asal dia paham tuu kira okaylahhh. Tapi, yang bangla tuu dia speaking BI laa kann. Sampai lahh satu part ni. Bagi aku, ni agak klimaks laa untuk kitaorang. Bukan untuk buka aib, tapi untuk dijadikan pengajaran buat kita. Kami jumpa orang Melayu. Dari Malaysia. Seorang lelaki dan seorang lagi perempuan. Duduk bersebelahan. Senior-senior kami kebetulan berdekatan di situ. Perhati kami dari jauh. Pura-pura tak kenal lah kiranya. Kami tegur mereka. First impression dia memang sangat menyedihkan. Bila dia macam tak suka dengan kehadiran kitaorang. Iye, mungkin bagi dia percakapan dia tuu slow. Tapi, kami mampu dengar. "Assalamualaikum" "Waalaikumsalam" Si perempuan jawab. Elok, manis, cantik bertudung. Siap berstokin. Tersenyum je dia. "Dari mana?" Kami bertanya. "Tanyalah dia" Si perempuan menyerahkan bulat-bulat jawapan pada si lelaki. "Hm, johor" Sungguh. Muka dia menakutkan sangat. Kakak ni pun, elok lembut manis ayu. Awat caghik laki garang gituu? "Erm, dah kahwin ke?" Terpacul pulak soalan tuuu. "Belum. Kenapa?" Si lelaki menjawab. Bahang terasa disitu. Masing-masing dah gugup. Dan, conversation berterusan. Tapi, tak lama. Sebab taknak timbulkan kekecohan di situ. Kedatangan kami ke KLCC tuu pun tanpa izin pihak atasan. Ye, tak dinafikan. Dari awal lagi para fasi dah pesan. Apa-apa yang jadi. Sabar dan tetap tersenyum. Kita dah cuba untuk menyampaikan. Terpulang pada para mad'u untuk terima ataupun menolak. Sekurangnya kita dah mencuba. Dengan kehausan yang terhingga kononnya, ditambah lagi dengan emosi pasangan tersebut yang mungkin berjangkit kitaorang ni memang cukup meletihkan. Tapi, letih-letih tetap seronok. Kecewa itu mungkin ada sebab orang bukan islam sendiri menerima dengan cara baik. Kenapa yg bukan islam perlu sebegitu? Tapi, takpe lah. Yang dikecewakan sangat, sebab kami tak elak benda tuu. Kami tak halang pasangan tuu. Mungkin sebab memasing first time join benda ni. Ditambah lagi, penerimaan mereka yang taktahu lah nak explain macam mana. Membuatkan kami sememangnya tak senang duduk. Kami berlalu ke arah fasi yang sememangnya memerhati dari jauh. Konon-konon kami datang sana nak jadikan dorang mad'u laa. Taklah nampak sangat kan. Mereka tanya. "Kenapa tuu?" "Bla bla bla.." Ada yang menerangkan. Sememangnya suara dia cukup menggambarkan kekecewaan sebab tak mampu mengelak. "Takpelah, sekurang-kurangnya kamu semua dah mencuba. Kita dah jalankan tanggungjawab. Terpulang pada dia untuk terima atau tidak. Dan bla bla bla.." Fasi cuba untuk menaikkan semula semangat kami. Sungguh. Jemaah itu lebih qawiy. Bila saling membantu antara satu sama lain. Saling menyokong antara satu sama lain. Ibarat keluarga di situ. Memang itu yang aku nampak. Semua ibarat keluarga. Allah. Rindu sangat-sangat! "Berpenat bagai nak mati, demi ummah segalanya warna-warni" Banyak sangat kata-kata dari fasi untuk menyuntik semangat anak-anak buah mereka. Dari pukul 8 hingga 12.30 kami di KLCC. Memang banyak sangat input, pengalaman dan segalanya lah! Untuk bab-bab ni memang aku tak reti explain. Apa yang mampu aku kata, untuk merasainya. Joinlah pada masa akan datang. Nescaya kau akan rasa dan paham apa yg aku cuba untuk sampaikan. Kami pulang ke masjid sebelum masuk waktu zohor. Setelah zohor berjemaah, kami dikumpulkan semula untuk bergambar sebab ada yang nak balik awal termasuklah kitaorang. Tapi, kitaorang sempatlah dengar satu grup ni present dan lepastu kami terus balik. Bagi aku, memang selama ni aku banyak usya tweet Aiman. Ask.fm dia. Jawapan-jawapan dia semua aku baca. Untuk aku merajinkan diri datang surau dengar ceramah ilmu memang payah. Syatonnnn bertenggek banyak naaa. So, aku amik keputusan selalu usya web web dorang yang boleh buat kita selalu terpikir tentang kewujudan kita atas bumi ni. Selain Aiman, Pendakwah Cute dan Mato jugak aku selalu bukak. Tiga-tiga ni bersahabat. Mungkin ada sahabat yang lainnya. Tapi, kenal dorang je. Kekadang bila baca gurau dorang mampu buat kita tersenyum. Sungguh. Ukhwah fillah itu memang lain rasanya. Lain feelnya. Antara kami, yang selalu update pasal dorang aku ngan Sakinah. So, serba sikit kami tahu pasal dia. Time nak balik tuu, tak sangka Aiman datang jumpa. Sungguh! Tak sangka. Memang selama ni teringin sangat nak join program dia, talk dia. Dn, program ni memang menemukan kami semua tapi dari jauh je lah. Tuu tak sangka dia datang jumpa. "Terima kasih sebab datang dan bla bla bla.." Aiman. Mungkin sebab peserta paling muda. Ehh, lupa. Peserta yang paling over eksited datang awai. Hahaha. Dorang ni, semuanya baya-baya Ojen semua tuu. Itu yang buat aku respect sangat bila tengok dorang mampu buat program macamni. Program menggerakkan para daie macamni. Sungguh sangat! Jarang nak tengok, anak muda zaman sekarang yang berfikiran macam dorang. Yang siang malam fikir tentang ummat. Allah. Dan kerana itu, aku harap sangat tahun depan. Jika diizinkan, tiada aral melintang. Pergilah. Joinlah. Dapat pahala sebab menyambung dakwah nabi. Tak sia-sia tau. Percaya cakap aku, kau tak akan menyesal. |

Post a Comment