Love is Peace
Peace Owner

Navigation : Touch hover image



Diaries Owner Linkies Stuff

Hi there~ Welcome to my cutie peace blog! ^^
REPLACE WITH YOUR OWN WORDS


PAUSE HERE




Peace Backgrounds

Tooltips Background 1 Tooltips Background 2 Tooltips Background 3

Peace Secret Boxes

1 2 3 4
Hi there! I have a surprise for you! Click the number and..


Peace Credits



Basecode from Nurul Atiqah.
Template by Ayesha & Meiza.
Sweet header by Meiza and footer by Safira.
Sweet Owner YOUR NAME.



Nothing.

Assalamualaikum.

Huhh. Rasa macam heaven nyaaa bila cuti. Padahal, kerja taklah banyak mana. Penatnya tang mana tau? Bila kena banyak tahan sabar dengan kerenah insan yang dipanggil 'budak'. Lagi-lagi bila budak tuu budak lanang. Haa hahaha. Paham dop? Lelaki laa yayangg.

Well. Alhamdulillah, syukur semuanya lahh bila cuti tahun ni memang penuh dan terisi. Takde masa aku nak jadi over sosial kononnya macam zaman-zaman kegemilangan lepasan PMR dulu lahh. Ehe.

Pada mulanya, seperti yang pernah aku kasitahuu. Aku memang tak gemar dengan budak. Ermm, entah. Mungkin sebab diaorang cengeng kot. Haha, tak logik langsung jawapan kau Nurin. Ai pun dono lahh kenapa. Aku suka layan adik sendiri sahajaa. Dan, adakalanya bila mud keibuan aku aicewahhhh. Bila aku memang tengah baik gilaaa tuu mehh lahh datang dekat ngan akak. Hahaa. Saya ni baik sajaa. Orang je taktahuu. Hahaa, poyonyaa kau Nurin!

Hari first aku ngajar. Ermm. Tak mengajar pun hari first tuu. Cikgu cukup je senanya. Cuma, aku ni diperlukan bila ada salah seorang guru tuu takde. So, hari first tuu tugas aku ajar ngaji jee. Dannn, buat air. Hmm, dah boleh dahh keje ofis jadi tea lady enn. Haaaa.

Tapinyaa. Kelas tuu start 8.30 pagi sampai 4 petang. Ada sorang cikgu ni dia dapat ngajar sampai pukul 12 aje. So, akulah yang kena amik alih kelas tuu start lepas zohor. Sebab pukul 12 sampai pukul 2 rehat.

Apa yang aku nak cerita, aku dapat kelas budak yang palinggggggg nakal. Allah. Rasa nak jerit satu sekolah je dengan kerenah diaorangg. Sungguh aaa. Kalau nak exercise tuu memang kena cari budak. Sebab ape? Sebab energy diaorang ntah import dari bumi mana pun aku taktahuu. Frust menonggeng nyaa hari first tuu. Kalau tak tahan sabar memang aku sumbat mulut memasing dengan stokin ke handsock ke ape ke. Memang rasa nak shetop dah aa. Hari first tuu masa tuu aku ade kelas akaun ngan addmath. Tapi aku skip sebab nak try ngajar situ untuk satu hari.

Tapi, esoknya aku terus masuk kelas akaun ngan addmath terus. Nak kasi brainwash otak dulu. Balik terus ngadu kat ibu macam-macam. Itulah inilahh. Tapi, satu je ibu pesan.

"Alahh kaklong, bukan lama. Kejap je. Itulah pengalaman untuk kau. Sekurang-kurangnya nanti bila kau dah besar, kalau tetiba dapat jadi guru tadika ke sekolah rendah ke kau dah ada skill. Dah ada pengalaman macam mana nak handle dorang. Ibu suruh kau kerja, biar kau rasa penat carik duit sendiri. Dulu, lepas PMR kau dah rasa kerja kantin sekolah. Kali ni, cariklah angin lain pulak. Kasi kau tuu tak bosan. Alahh, keje je lahh. Lama-lama okay punya. Ni hari first. Tu kau rasa macam-macam. Lagipun, itulah dinamakan budak. Alah, nama pun budak kan. Macamtuu lah kau kecik-kecik dulu. Lagi ibu ni, menjaga 5 orang 24 jam. Haaaa" -Ibu.

Dan aku pun macam asdfghjkl.

Okaylah okaylah. Aku mengalah. Start Isnin depannya aku masuk kelas. Seminggu tuu tugas aku sama macam hari first aku kerja. Mula ngajar lepas zohorlah kan. Sehinggalah klimaksnya., minggu ni. Bilaa aku dengan rasminya aku cnduct kelas tuu dari pagi sampai balik. Tapi, aku tak dapat kelas yang nakal tuu. Yeszzaa! Dapat yang baik-baiklahh. Ada dua kelas je pun. Yang first kebanyakannya dah besar-besar. Darjah 6,5,4,3,2. Cuma yang kelas kedua tuu lah. Semua darjah 1. Keanak-anakkan lagi.

Seminggu ni aku ngajar. Alhamdulillah. Memang berjalan ngan lancar. Cuma ade sorang dua yang sikap realitinya memang nakal. Alahh, budak. Cehh hahaa

Sampailah Jumaat lepas, ada budak yang tegur. Budak perempuan. Umi namanya.

"Kakak, kakak takde hari ape?"

Ehh, dia tahu pulak aku takde.

"Ohh, hari Selasa ngan Rabu minggu depan"

"Ohh, alaaa. Akak pergi mana" Cehh alaaa tuu. Hahaha

"Rombongan ..." dan bla bla bla.

Alhamdulillah, mungkin dengan berkat kesabaran kononnya aku ni. Adik-adik sayang aku. Aicewahhh, sungguh terharu saia. Hahaha. 

Alhamdulillah, aku suka ngajar situu. Suka bila tengok dorang paham cerita aku. Suka bila tengok dorang dapat ape yang aku ajar tuu. Sungguh aaa. Jadi cikgu tuu tak mudah. Tapi, tak jugak payah. Dan, tugas cikgu tuu bukan hanya mengajar tapi jugak mendidik. Sebab, adakalanya tak semua anak-anak ni dapat perhatian yang cukup dari mak ayah mereka. Dari mummy daddy mereka. Dari mama papa mereka. Lagi-lagi untuk mereka yang tinggal di bandar. Adakalanya sehingga terlupa yang mereka masih punya anak yang perlu di didik bukan sahaja dengan bekalan dunia, tapi juga bekalan akhirat.

Ahaa, satu lagi. Aku sangat suka tengok pemandangan pagi bila tengok orang pergi kerja. Entah. Taktahu kenapa. Tapi, aku memang suka tengok. Perasaannya ni ade bila aku setiap hari pergi ikut ngajar tuu naik motor lahh kan --'

Entahlahh. Rasa macam taktahu nak explain tuu macam mana. Tapi, takpe lah. Buat-buat paham je lahh kan. Hahaha. 

Dann. Untuk akhirnya. Aku juga tidak tahuu kenapa post aku kalini sangatlahh skema dannn. Annoying! *Dan, tidak ade yang menarik*


P/S : I've done right? Ehee :)


Yang sangat baik,
Nurin Najwa Hanafi.


Post a Comment