Love is Peace
Peace Owner

Navigation : Touch hover image



Diaries Owner Linkies Stuff

Hi there~ Welcome to my cutie peace blog! ^^
REPLACE WITH YOUR OWN WORDS


PAUSE HERE




Peace Backgrounds

Tooltips Background 1 Tooltips Background 2 Tooltips Background 3

Peace Secret Boxes

1 2 3 4
Hi there! I have a surprise for you! Click the number and..


Peace Credits



Basecode from Nurul Atiqah.
Template by Ayesha & Meiza.
Sweet header by Meiza and footer by Safira.
Sweet Owner YOUR NAME.



Kem Anak Soleh

Assalamualaikum.

Nak kata ni. 

SMA dah habis! Waahhhhh. Aca gaya SPM je. Alhamdulillah alhamdulillah. Selamat jugak akhirnya aku menjawab paper-paper SMA tuu. Tapi, satu je. Komfem akan rindu nak belajar SMA lagi. Entahlah. Aku tak pernah nyesal laa amik SMA. Dia lain. Tak sama macam PMR dulu. Dan mungkin jugak tak akan sama dengan SPM akan datang. Sebab. Memang aku tak minat subjek akedemik. Kahkah

erm, actually semalam bertarikh 23/11/2014 aku selamat pulang ke kediaman terchenta. Cehh, acaa. Hahaaa. Pengalaman pertama menjadi seorang fasi untuk adik-adik yang perangainya ya ampun. Sungguhlah. Kalau tak sabar tuu, lain jadinya.

Aku, bukanlah orang yang minat budak-budak sangat. Selalunya lah, adik-adik aku je aku layan. Wahaa! Ntah pape. Tapi, time nak pergi sana tuu memang aku niat nak try rapat dengan budak-budak. Nak cuba untuk jadikan diri tuu budak-budak untuk adik-adik. Try untuk selami hati dorang. Dan alhamdulillah, 3 hari aku kat sana memang aku berjaya jadi seorang 'kakak' yang sangat baik dan penyabar. Wuuu~ hahaha poyonya!

Ni nak share sikit. Hari first datang tuu laa en sungguhlah malunya tuu ya ampun. Padahal adik-adik je pun. Nak debar segala bagai. First time katakoo. Hahaa. Sepanjang perjalanan tuu dok memikir je apa nak cakap kat adik-adik nanti. Ahaa, lupa nak bagitahu. Jadi fasi dekat Masjid Assobirin Bukit Changgang. 

So, bila dah sampai tuu turun kereta bawak diri je. Barang tinggai dalam kete dulu. Takkan nak masuk bawak barang terus. Dah jadi gaya macam peserta je pulak gayanya. Masuk-masuk carik member dulu. Maklum, first time jejak masjid tuu. Tup tup nampak kak Zati Ain. K syukur gila aaa time tuu. Pastu, dia suruh amik barang dan tunjukkan ruang solat umtuk perempuan. Ahaa, lupa lagi. Aku datang sama dengan Dyan. So, kurang sikit keseganan tuu.

Okay, dah letak barang semua tuu, tengok tentatif pulak. Carik bila time makan malam. Lapor tuu. Tak sempat nak makan sebab berkejar kemas barang lepas balik dari hostel terchentaaa. Tengok tengok, pehh kecur ayaq liuq bila tengok 

"Makan malam (bawak sendiri-sendiri)"

Kecewanya eden. alahai. Nasib baik ada pasar BC hari Jumaat tuu. So, kitaorang terus gerak pi pasar BC yang dikatakan panjang tuu. So, bila jejak je pasar BC tuu first impression orang sekliling macam tengok artis-artis runningman Korea tuu haa datang. Haha ceh takde aaa. Entahlah, taktahu nak tafsirkan pandangan masing-masing. Tapi, aku buat dono je. Yang penting, makan. 

Okay, dah siap siap semua tuu kitaorang pun balik masjid balik. Yang si Fatihah, Yana dengan Amee pulak tak sampai-sampai lagi. Acaa je memasing janji nak datang sebelum maghrib. Lepas maghrib baru nampak muka memasing. Hahaa.



Okay, malam tuu sesi perkenalan dengan adik-adik. Aku ingat lagi soalan pertama adik tuu.

"Ustazah, ustazah apa nama?"

Hailahh adik-adik. Nasib baik kome semua adik-adik. 

"Ustazah? Panggil akak je laa dik oii" Tergelak aku time tuu.

Then, diyan menyampuk "Panggil mu'alimah lah" 

Uishh, punchline diaa.

Time tuu tak jumpa lagi keseluruhan fasi. Fasi laki pun aku taktau ada sapa je. Time tuu nak isi masa senggang adik-adik so kitaorang kenalkan lah diri. Then, lepas tuu kitaorang ajar diaorang semua tuu macam-macam lagu, doa untuk ibu bapalah, doa imanlah selawatlah dan macam-macam lagi.

Lepas isyak, baru semua dikumpulkan. Ahaa, time tuu lah baru aku nampak muka-muka peserta. Muka-muka fasi. Aktiviti first macam biasalah kalau kat kem en. Perkenalan fasi dan pembahagian kumpulan. Ahaa, kumpulan asing. Tak campur. Peserta tak ramai pun. 40 orang sahaja. Setiap kumpulan ada 6 orang peserta dan 2 orang fasi. Dan syukur jugak, partner fasi aku orang yang memang aku rapat. Yang memang sekepala, sekaki, sekuku, sejari. Hahaha. 


So, lepastu kitaorang kena pilih nama kumpulan berdasarkan tokoh islam dan logo. Aku pun tanyalah kat adik-adik tuu.

"Kenal tak tokoh-tokoh islam?" Dia geleng. Oh alahai.
Then, kitaorang pilihkan laaa namanya. Terlahirlah team Saad bin Abi Waqas.
Buat trademark semua semua tuu. Memula kenal tuu en, adik-adik langsung tak kasi kerjasama tauu. Muka blur je memasing. Biasalah, first time kenal. Aku ingat lagi, aku cakap kat dorang.

"Adik-adik, tak kenal maka tak..?

"Tak cinta"

"Salah, taaruf" hahaa pastu aku gelak.

Ntah pape tahh. Buat lawak tak jadi, pastu gelak sensorang. Ehh taklah, berdua dengan Dyan. 

Malam tuu, kitaorang banyakkan bercakap laa kiranya. Banyak dekatkan diri kat adik-adik. Bagi dorang happy happy. Bagi dorang rasa selesa dengan kitaorang. Bagi dorang rasa yang kitaorang ni umpama ultraman yang sentiasa melindungi, bukan macam gergasi or raksasa yang datang menggelapkan bumi. Hailahhh acaa. hahaa

Lepastu, tidur. Kejap jee aktiviti malam tuu. Peserta tidur kat kelas. Fasi tidur dekat dalam masjid. Ohh selesanya. Haha. Tapi, rasanya macam adik-adik lagi selesa laa en. Memasing ibu, mama, ummi, bonda dan sewaktu dengannya membekalkan toto dan bantal. Yang kitaorang pulak tidur beralaskan karpet masjid dan berbantalkan tuala dan sejadah masjid. Hehe, okaylah tuu. Lena jugak. 

Esoknya, pukul 5.30 kitaorang kejutkan diaorang untuk persediaan solat subuh. Lepas solat subuh ada kuliah dan solat dhuha. Haa time itulah baru kitaorang ada masa untuk persiapan diri kitaorang. Time kat sana ni, rumah Ely ngan Kak Zati laa yang paling banyak berjasa bagi tumpang nak persiapan diri. Best tauu naik motor kat BC. Tak sama macam kat Sijangkang. Hahaa, aca poyonyaa.

Aktiviti lepastu, ada tahsin qiraat, tahsin wudhu', tahsin solat dan tahsin azan wal iqamah. Seharian tuu praktis dorang menda tuu aje. Petangnya pulak dorang amali. Meriahnya laa adik-adik time tuu. Tak gheti nak diam langsung. Nasib baik adik-adik. 


Malam tuu pulak, time maghrib nak balik rumah Kak Zati nak siapan diri. Selalunya pinjam motor Anwar. Tetiba time tuu pulak Anwar takde. Balik jugak. So, kak Zati carikkan motor. Aku dah pesan awal-awal carikkan kat batch aku. Batch dia yang dicari. Alahai. Malu.

Dipinjamkan laa motornya Imran. Tengah-tengah azan tuu balik. Nak start motor. Motor pulak tak start-start. Aaa sudah. Kenapa pulak ni. Pakcik-pakcik kat situ pandang aku buat taktau aje. Start lagi. Lahai, kenapa tak hidup pulak dah ni. Tolonglah jangan buat hal motor. Kang berlaku lagi pulak ekzos meletup macam dulu. 

Bila dah try banyak kali takleh start aku carik laa sesapa yang ada kat situ. Okay, tetiba ternampak Sham tengah amik wudhu'. Mintak maaf Sham, time tuu aku panggil dia mintak tolong startkan. Punyalah aku turun motor nak kasi dia start. Eh eh? Dia start guna punat kat handle aje? Sekali start je pulak tuu? Alahai, start kat situ rupanya. Ya ampunnn. Malu.

Okay, aku gostan kan motor. Sham amik wudhu' balik. Motor mati balik. Aku start balik macam Sham buat tuu. Lahai, takmahu jugak. Banyak kali try. Tak mahu jugak. Amboi motor, dengan Sham kau nak, aku kau tak mahu. Memilih ye. Time Sham nak masuk masjid aku panggil lagi. Aku tunjuk motor ni. Dia siap buat gaya cara nak start. Gaya macam aku tahu je. Aku panggil dia datang.

Frust agaknya. Dia pun datang. Lagi sekali dia startkan dengan sekali tekan je. Eeei, geram geram. 

"Press je motor ni dulu. Jangan free kan dia" -Sham

Aku angguk je. Orang dah mula solat dah time tuu. Mekasih banyak-banyak aa. Baru motor boleh jalan time tuu. Tak sempat cakap terima kasih pun time tuu. Segan sangat. Tapi, berterima kasih sangat ye Sham.

Malam tuu pulak ada muhasabah diri. Macam biasalah, sekolah rendah, tutup lampu then bawak dorang bagi berpisah dengan kengkawan. Rancangan asalnya peserta dibawak ke padang sekolah rendah Bukit Changgang. Muhasabah diri kat sana sambil tengok keindahan malam. Tapi, rezeki tidak berpihak pada kami bilamana malam tuu hujan. So, buat dalam masjid ajelah. 

Rasa seronok sangat dapat kenakan dorang malamtu. Hahaa. Ada sorang budak tuu, aku nak kenakan laa en. Usik belakang dia guna kertas. Sekali kau haa dia jerit satu ruang tuu dengar. Haa tahu geger time tuu. Nasib baik kejap je. Fasi lain yang pandang sengih je. Mintak showie lahh, seronok pulak! 

Ada yang nangis, ada yang biasa je. Yang laki laa yang majo takdak perasaan. Yang perempuan, biasalah. Dok raung-raung panggil ibu memasing. Haa time tuu laa fasi main peranan nak sentuh hati dorang. Dalam gelap masjid tuu aku jalan carik peserta yang aku nak pilih. Sampai satu sudut masjid tuu, ada sorang budak. Aku jalan dekat kat budak tuu. Ohh budak lelaki. Tengah nangis. Aku duduk sebelah dia.

"Adik kenapa nangis?" 

"Ta..kut.." Teresak dia time tuu. Alahai, kesian pulak aku tengok.

"Ohh takut? Kenapa takut? Allah kan ada?" Dia diam.

"Zikir banyak-banyak ea?" Dia angguk.

"Adik tak teringat sesiapa ke time ni?"

"I..bu.."

"Adik rindu ibu adik?" Dia angguk.

"Adik anak ke berapa?"

"Anak kesatu" Nak gelak time tuu rasanya bila dia kata macamtu. hahaha

"Ohh, adik beradik berapa orang?"

"Dua"

"Bawah adik laki ke perempuan?"

"Se..mua le..laki"

"Ibu adik panggil adik apa?"

"Abang"

"Abang rindu ibu tak?" terus teresak lepas tuu. Aaa sudah. Dia angguk.

"Kalau rindu ibu kena buat apa?"

"Do..doa"

"Haa pandai pun. Cuba adik bayangkan muka ibu" aku diam sekejap.

"Bayangkan ibu kata macamni. Abang.. Ibu sayang abang tau?"

"Abang sayang ibu jugak" dia jawab dalam tangisan

"Abang jadi anak yang soleh tau? Doakan ibu selalu. Ibu sayang sangat kat abang. Sayang sangat-sangat. Ibu tak pernah bezakan kasih sayang antara abang dengan adik. Abang.. Belajar rajin-rajin tau. Ingat. Ibu selalu sayang abang"

Lagilah dia nangis lepastu. Jarang nak tengok lelaki nangis. Terharu aku menengok time tuu. Cewah

"Adik sayang ibu kan?" Dia angguk

"Sayang ayah jugak kan?" Dia angguk

"Janji dengan akak, balik ni jumpa ibu, salam ibu, peluk ibu kuat-kuat. Cium pipi ibu. Lepastu cakap, abang sayang ibu. Saaayang sangat. Boleh?" Dia angguk.

"Buat dekat ayah jugak tau?" Dia angguk lagi.

"Janji dengan akak tau?"

"Janji"

Then, aku bawak dia bangun balik duduk dengan kengkawan dia yang lain. Tapi, dalam keadaan mata tertutup laa. Lama aku perhati. Sampai habis slot dia nangis. Dalam fikiran aku, ingatkan lepas duduk dengan kengkawan dia akan gelak-gelak or apa apa je lah. Macam kengkawan dia yang lain. Rupanya tak. Sampai sudah dia nangis.

Lepastu, aku dekati pulak sorang lagi budak perempuan ni pulak yang paling tuaa sekali dekat kem tuu. Darjah 6. Bukan main teresak lagi. Tuu lagilah. Amee punya kerja. Dia pun ikut nangis sekali. Kelako pulak. hahahaha.

Pot pet pot pet aku dekat budak tuu. Kira baiklah aku tak buat macam Fadhil. Tau tak dia buat apa. Dia bawak bebudak tuu peluk tiang. Hahaha, kwasam betul!

Lepas bukak mata, Fatihah dengan Anwar sambung slot. Happy kan dorang balik dengan buat satu aktiviti ni di mana seorang peserta lelaki dan seorang peserta perempuan dipilih menjadi ibu dan ayah. Dan yang lain pulak kena keliling diaorang untuk melindungi dari fasi tarik ibu dengan ayah dorang. Macam bebudak je rasanya bila aku dok lari keliling pastu rempuh. Masing-masing kalah bebudak. Serius aaa. Memang pengalaman.

Then, minum malam dan tidur. Esoknya pukul 4.30 kitaorang kejut untuk Qiam. Diimamkan oleh Imran Zainal. Pastu, kuliah sikit dan disambung dengan jogging. Pagi tuu peserta di bawak ke padang sekolah BC untuk buat aktiviti sikit.





Time ni ingatkan aktiviti gabung tau. Senang aa laki conduct semua. Rupanya tak. Part ni tak diinformkan pulak. So, takde persiapan. Kasi je lah peluang peserta pilih sendiri. Main laa ibu ayam dengan musang tuu haa. 

Pastu, balik masjid untuk persiapan diri diaorang. Hari terakhir tuu setiap kumpulan diberi tugasan untuk buat persembahan. Fasi dah dipesan tak boleh join langsung buat persembahan. Ajar je laa kitaorang buat. Punyalah memikir lagu, last-last grup tuu kitaorang ajar lagu Super 7. Nasib baik tahuu. Lagu terima kasih melayu dan dalam bahasa korea. Dengan gaya sekali diajarnya. Time tuu berharap gilaa peserta bagi kerjasama.

Dan alhamdulillah, bukan nak bangga tapi memang bangga. Paling comel sekali persembahan dorang. Rasa nak peluk je memasing. Berterima kasih sangat. Hahaha, seronoknyaa time tuu. Sampailah acara penutup semua tuu. Haaa, malas dah nak describe. Panjang sangat. Sebelum adik-adik tuu balik aku bergambar dengan sorang budak ni yang bagi aku palingg comel tapi nak jaganya tuu. Sabar.


Time tuu aku tanya dia. "Sayang akak tak?" Dia angguk. Seronoknyaa! Hahaha.

Then, habistu ada perjumpaan semua fasi. Time tuu ada penganjur sekali. Penganjurnya 'ummi' Rahman. Time tuu laa baru sempat borak-borak sikit dengan ummi. Ummi bagi ucapan, terima kasih semua tuu dan lepastu semua fasi bagi ucapan. Then, amik gambar. Haaaa. Begitulah pengakhirannya.

Pengalaman tuu memang banyak. Kenangan tuu, lagilah. Lagi-lagi bila ber fasi bersama dorang sendiri sebahagian budak L dan Q. Memang seronok. Kenangan sangat-sangat. Will miss it!






Salam rindu,
Nurin Najwa Hanafi













Post a Comment