Love is Peace
Peace Owner

Navigation : Touch hover image



Diaries Owner Linkies Stuff

Hi there~ Welcome to my cutie peace blog! ^^
REPLACE WITH YOUR OWN WORDS


PAUSE HERE




Peace Backgrounds

Tooltips Background 1 Tooltips Background 2 Tooltips Background 3

Peace Secret Boxes

1 2 3 4
Hi there! I have a surprise for you! Click the number and..


Peace Credits



Basecode from Nurul Atiqah.
Template by Ayesha & Meiza.
Sweet header by Meiza and footer by Safira.
Sweet Owner YOUR NAME.



Dai'e Junior vs Legend Terlajak Laris

You alls! hihi, assalamualaikum. Wahhh! Lama dah rasanya tak update blog santek ni haaaa. Realiti k, blog ni memang cantik + comel kan? Hahaha. Apa apa je lahh.

Okay, firstly nak habak aku rinduuuuuu sangat-sangat budak pindah. For Hafiz (Ehem, nama first, haha), Nazirah, Sabrina, Nani, Iffah, Amalin, Fadhlina dannnn Amibi. We alls nak you alls tahuu, seramai mana pun orang baru yang datang, yang lama tetap terpahat kukuh dihati. Ecewah. hihi

Ekceli nak cerita, haritu 3 Mei 2014 ada Karnival kat SAMTTAR. UNIC datang tauu! Haaa, bukan nak cerita pasai tuu pon sebenarnya. Haaa, gini. Kitaorang bukak gerai tauu. Kitaorang tuu aka Querida's lahh. Hehe.

Pada awal rancangannya memang kitaorang je pun yang buka gerai. Hinggalah di suatu hari yang hening, aku menegur Ajmai'en aka Ajmal. Yeyek. Hahaha. Gini haaa.

"Ajmal, korang tak bukak gerai ke time UNIC datang tuu nanti?"

"Ohh. Siapa? Legend?"

Aku senyum dan angguk.

"Tak, kenapa? Korang bukak ke?"

"Aah, bukak bukak"

Fuhh, bangga sungguh aku menyatakan statement time tuu. Hahaha, maklumlah. First time buat keje gini. Aku sambung balik.

"Korang wajib datang tau gerai kitaorang! Bukan apa, memeriahkan"

"Iyee, insyaAllah. Mestilah kena datangg"

Yeayy! Seronoknya time tuu dapat support. Then, besoknya tetiba Ajmal pulak yang panggil aku.

"Nurin, Nurin!"

"Apalahhh?"

"Kitaorang bukak gerai"

Dia tersenyum bangga time tuu. Hamboi? Taknak kalah. Aku sebagai kawan? Takkan taknak support kott? 

"Oh yeke? Wahh! Bestnyaa! Korang jual apa?"

Dan seterusnya lah kan. Nak type better guna audio je lah en. Cuma, satu yang takleh lupa bila dia tanya,

"Nurin, korang jual apa?"

"Ehh, kena bagitau ke?"

"Hm, mestilah!"

"Rahsia"

Hahahaha, seronoknya dapat kenakan member sendiri. Then, bila aku pulak yang tanya,

"Ajmal, korang jual apa?"

"Rahsia"

Amik kauu! Haaa. Eleh, tak kesah pun. Rahsia rahsia nanti aku dapat tau jugak. Dengan aku mana boleh rahsia. Akan kucarik walau hingga ke celah gigi. Hahaha, yeyek!

Akhirnya memang aku tahu jugaklah en diaorang jual apa. Syioknyaa bila dapat tahu rahsia 'mereka'. Tapi, paling aku kagum. Sangat-sangat kagum dengan Harith. Dia walaupun baru first time duduk hostel nampak macam dah sayanggg gila dengan budak hostel. Kagum sangat. Dia paling semangat untuk event kali ni. Ekceli, Harith tuu kawan i time sekolah rendah dulu tau you alls *kenyit mata. hahaha

Okay, tetiba hari Isnin ada announce untuk 'mereka-mereka' yang buka gerai tuu sila berkumpul kat dalam dewan lepas perhimpunan. Okay, aku dengan takmalu menawarkan diri untuk tunggu dengan Alin, Ummi, Safiah dan Diyan. Dan, diaorang yang aku nampak Muhaimin, Rahman, Fadhil dan Anwar. Hm, okaylah tuu. Okay, bincang punya bincang lepastu bersurai. Sebelum tuu, kitaorang pergi ahh jumpa akaknya nak cakap pasal tempat jualan. Tengok diaorang (Legend) pun sama. Ehh, ni apasal ni? Tetiba ..

"Akak, boleh tak nanti kitaorang nak gerai sebelah-sebelah?'

Ohmyy, nak terduduk rasanya. It's Fadhil okay. Malunyaaa, tak tertanggung. Akaknya dah senyum-senyum dah. Fadhil ni pun, alahai. Public ni, cover sikit. Okay, takpe lah. Nevermind.

Malam sebelum kitaorang jual tuu asrama sangatlah meriah. Lagi-lagi bila tengok aspura blackout. hahahaha, padan muka. Okay, whatever lah kan. Malam tuu, nak diceritakan kitaorang pun siapkanlah apa yang patut. Aku dengan selamba badak duduk bersila kat tengah-tengah laluan ke Dewan Makan dan depan Koop tuu dok menyiapkan banner gerai. Yang lain pergi siapkan gerai. Tak lama lepastu, nampak sorang demi sorang budak Legend datang gerai. 

Aku watdek je lahh dekat tempat asal dengan beberapa orang lagi. Malam tuu, rasa lain macam sangat-sangat. Lelagi, bila tengok dorang datang minta maaf, datang nak tolong apa yang patut dekat gerai, cakap lembut-lembut. Jap jap, aku tak paham apasal dengan dorang malam tuu. Mungkin baru lepas tarbiyyah sesama sendiri kot. Okay, takpe lah. Then, Fadhil datang suruh buatkan banner untuk gerai diaorang jugak. Time tuu tanya, 

"Apa nama gerai korang?"

"Legend terlajak laris."

Aku bantai gelak. hahahaha. Hape benda laa korang ni taruk nama pelik-pelik. Takde ke nama lain. Bantai ahh. Buat asal siap. Okay, malam tuu sampai pukul 12.30 kitaorang kat gerai. Sempatlah merasa si Hazman tuu buat meggi goreng untuk kitaorang! Dia kata,

"Aku nak minta tolong korang rasakan laa meggi ni. Boleh tak?"

Amboih, rezeki tuu. First time merasa dia buat. Angguk ah terus. Tunggu punya tunggu. Bila dah siap, rasalah en. Tau tak? Tau tak? Tau tak? Seriusly, sedap laaaaa jugak. hahaa. Okaylah, untuk insan bergelar lelaki bujang memasak. Boleh laa tahan. Kalah jugaklah aku. Malam tuu macam-macam ahh dorang latih. Buat itu, buat ini. Tolong itu, tolong ini. Amboi, baiknya

Sampailah kitaorang balik aspuri, diaorang still tak balik lagi. Ntah hape yang dikemasnyaa. Okay, tengah rajinkann katanya.

************************************************************

Keesokannya, kitaorang pakai baju form laa en. Tengok gerai aspura kosong lagi. Amboii, malam tadi bukan kemain gahnya kata nak datang lepas subuh. Ni dah nak habis Dhuha tak sampai-sampai lagi naa. Okay, tak lama lepastu nampak Hazman dengan Rahman. Tahu benda first aku tegur apa?

"Korang tak mandi ea?"

Diam ... Pastu, tetiba senyum. hahahaha. lawak k time tuu. Kantoi sebab diaorang pakai baju yang sama dengan malam tadi. Tak senonoh. hahaa. Mulakan laa jualan haritu. Agak segan bila gerai kami pagi tuu agaklah tidak laku. Haa, lupa nak bagitau. Kami jual aiskrim goreng, float, dan desert. Dengan coklat tak cairkan laginya. Allahu, kelam kabut sangat pagi tuu. Gerai kitaorang je yang kosong lagi. Aspura bangga sangat pagi tuu. Rasa nak cepuk je dengan kuali. Maklumlah, diaorang jual makanan bergoreng. Siapalah taknak en? Lagi-lagi waktu pagi.

Disebabkan panas yang melampau tekak pun terasa haus. hahahaha, apa apa ntah BM aku. Tengok gerai aspura, 'ehh, ada airlah.' Dekat situ yang aku ingat ada Muhaimin.

"Muhaimin"

Dia pandang, "Kenapa?"

"Em, aku nak airlah. Boleh tak? Free laa ea?" *buat muka kesian

Dia toleh sebelah sana pandang Anwar. Bincang sat. Heh! Benda tuu pun nak bincang. Tak lama lepastu, dia bagi jugak. hahaha, bestnyaa! Mekasih laa banyak-banyak ea. Kalau nak diceritakan tentang haritu pelbagailahh kejadiannya. Memang bagi aku itulah moment paling seronok selepas Melaka. Memang langsung takleh lupa. 

Okay, cerita yang penting je laa ea. Menjelang tengah hari disebabkan tahap lapar yang melampau. Haa, sebelum tuu. Aku ingat lagi, Aisyah start dari pagi asyik tanya je dorang,

"Bila maggi korang nak siap. Aku lapar la"

Dan, setiap kali itulah Fadhil akan jawab. Tak Fadhil, Mujahid.

"Jap ea Syah, tengah masak ni. Sikit je lagi"

Alahai laa. hahahaha. Lepastu pulak. Bila maggi dah siap, kitaorang yang lain-lain ni tanyalah.

"Weh Mujahid, nak maggi korang boleh tak?"

Dia dengan selemba, tanpa tanya dekat member-member yang lain, amik maggi yang dekat atas meja tempat jualan tuu terus bagi kitaorang semua. Alahai, prihatinnya lah kau Mujed! Ahaa, lupa nak cerita. Pagi tuu, time Dyan tengah busy-busy uruskan floatnya tuu haa. Tetiba si Harith dok menongkat dagu perhatikan je semua apa yang Dyan buat.

"Kau kenapalah Harith?"

"Tak. Boleh tak aku nak tuuu"

"Tuu? Tuu apa?"

"Nak tuu, yang ada marshmallow tuu. Nak cekelatnya sekali. Boleh?"

Diaorang dah bagi apa kitaorang nak en. Perut pun dah kenyang dengan masakan dorang. Takkan taknak balas. Diyan pun amikkan laa untuk dia. Bagi dia merasa. Hailah, macam budak kecik bila tengok Harith tuu.










Okay, sebenarnya kalau nak diceritakan banyak sangat lagii! Dengan Mujahidnya yang tak henti-henti bising. Si Taufiq dan Ajmal yang taktau on gas. hahahaha. Macam-macamlah. That was very a nice moment! sangat-sangat. Satu yang aku harapkan. Dan, aku pasti bukan aku sorang harapkan. Mungkin jugak korang yang lain, ukhuwah kita ni biarlah kekal. Kekal selama-lamanya. Hingga ke Jannah sana., Ciptalah sebanyak mana yang mungkin kenangan selama mana kita sama-sama ada sekarang ni. Dan, jangan lupa juga. Doakan untuk sesama kita. Sebelum tuu, ni haa aku selit sikit kata-kata Rahman.


jangan salah faham, UKHUWAH itu tidak hadir ketika kita main sama2.
jangan salah faham, UKHUWAH itu tidak hadir ketika kita makan sama2.
jangan salah faham, UKHUWAH itu tidak hadir ketika kita seronok sama2.
itu semua hanyalah untuk suka2...
Tetapi, UKHUWAH itu hadir ketika kita mampu berlapang dada akan perangai sahabat2 kita yg bermcm karenah dan sampai ade yg buat kita tak puas hati.
UKHUWAH itu hadir juga ketika kita mampu menerima dgn hati terbuka akan teguran dan nasihat daripada sahabat2.
UKHUWAH itu hadir bila kita saling ingat mengingati tentang ALLAH.
Salam sayang,
Nurin.



Blogger Unknown said...

gempak pulak cerita dia! hahahahah cerita pasal kita?

 

Post a Comment