
|
Peace Owner ![]() Hi there~ Welcome to my cutie peace blog! ^^ REPLACE WITH YOUR OWN WORDS
PAUSE HERE
Peace Backgrounds Peace Secret Boxes
| Melaka
Assalamualaikum. Okay, aku masih dalam mood kat Melaka. Aku masih dalam mood rindukan sahabat-sahabat aku. Aku rindukan segalanya kat sana. Rindu sangat!
Okay, takpe lahhh. Aku nak ceritalah program kitaorang dari mula sampailah balik dan tidur. Okay? Haha, kalau bosan silalah dengan segala hormat tutup tab ni. :)
Tarikh keramat 15 November. Tarikh yang sangat ditunggu-tunggu oleh kami budak-budak Querida. Memang tak dinafikan punn, 15 tuu tarikh kitaorang dikehendaki balik asrama. Tapi, ada sebab lain. Cubalah teka. Tekalah cepat. Ahaaaa, 15 November 2013 adalah birthday Querida! hikhik. Kenapa pilih tarikh tuu? Ermm. Sebab tarikh tuu group Querida kat facebook tercipta. Hahaa, sebab itulahh. Okay, sambung.
15 tuu kitaorang ramai-ramai kena balik asrama. Sebab apa? Sebab nak pergi rombonganlah. Cikgu kata, takut ada yang lambat nak gerak besok paginya. Tapi, ada je yang tak balik malam tuu. Tapi, bukan saja-saja. Mungkin ada sebab tertentu tuuu. Bersangka baiklah :)
Aku takleh lupa malam tuu. Muka semua eksited nak jumpa kengkawan. Tak dinafikan punn! Bercahaya semuanya. Senyum sana sini. Ehh, tak gilaaa. Hahaha. Biasalahhh, 2 minggu tak jumpa. Gitulahh. Baru 2 minggu padahal. Ehh, biasalah. Sayang sahabat katanyaa kann? :)
Okay, taknak ceritalah pasal malam tuu. Nak cerita pasal paginya pulak. Seawal jam berapa ntah kitaorang bangun. Eksited punya pasal. Pagi-pagi lagi dah siap. Pukul 7 semua dah siap bawak beg keluar letak kat pondok depan asrama. Hihi, bagusnyaaa aspuri ni. Hahaa. Kitaorang tunggu bas dekat depan tuu sambil amik gambar sana, amik gambar sini. Semuanya Encik Hiefnee a.k.a ayah Diyan yang amikkan. Tak sangka ayah Diyan sanggup datang pagi tuu untuk menghantar pemergian kita semuaa.
This! Comel kann sahabat-sahabat aku :) Rindulahh bila tengok gambar ni! Ermm :') Dalam pukul 7.45 cemmtuu bas pun sampai. Bila bas masuk bas terus parking dekat depan aspura. Ohh, ini mana adil. Barang dekat aspuri berlambak tauu? Okay, disebabkan pengiring yang ada kat dalam tuu parents Nazirah, so bas punn tukar parking depan aspuri. Ohh, syoknyaaa!
Macam biasa, naik bas. Macam kambing keluar pagar. Cemmtuu lahhh. Alahh, aku rasa budak-budak sekolah yang pergi rombongan naik bas mesti ada punya aktiviti berebut tempat duduk. Kann? Hahaa, toksah nafikan lahh. Itu punn kenangan tauu. Nanti dah tua tak larat nak berebut. Kitaorang mengikut plan asal lahh duduk belakang. Memang asalnya duduk kat belakang. Tapi, driver nyaa suruh tukar duduk depan. Biar lelaki kat belakang. Bahaya katanya. Hmm, okaylah. Ikut jee lahh.
Hmm, tunggu punya tunggu. Rupa-rupanya cikgu tengah bincang-bincang kat bawah. Sebab kata cikgu nak tukar plan asal. Ehh, mesti laa semua takmau. Lagipun aktiviti dan baju semua dah set. Tapi, takpe lahh. Tunggu je keputusannya time tuu. Dann, alhamdulillah. Perancangan tak jadi tukar. Ya Allah, bersyukur sangat time tuu!
Haaa, cemmtu lahh ceritanya. Nii gambar-gambar atas nii time sebelum gerak. Nampak takk tu ada gambar bilik guru lelaki tuu. Haa, kat sekolah lagi time nii. Okay, jam berapa ntah. Bas punn gerak. Makanan dan minuman pun dah diedarkan. Semua muka lapar jee time tuu. Maklumlahh, cikgu tak sediakan makanan. Fahammm :")
Then, kami berhenti di perhentian RnR. Tapi, lupa RnR mana. Berhenti buang hajat semua tuu lahh. Ada yang beli makanan lagi. Ada yang siap duduk makan dekat restorann. Ermm, biasalah tuu.
Ni, nii! Agaknya kalau boleh kat semua tempat nak amik gambar. Biasalahh, itulah yang menjadi kenangan nanti. Itulah yang menjadi cover-cover photo nanti. Hehe, okay dah siap-siap semua tuu. Bas kembali gerak ke destinasi. Yang aku perasan, kebanyakan budak aspuri ada yang tidur. Tidur? Sebab malam sebelum pergi tuu ramai berjaga. Biasalah, eksited jumpa kawan. Budak lelaki aku taktau diaorang buatpa kat belakang-belakang tuu. Dengar bunyi-bunyi bising jaa.
Beberapa jam kemudian, sampailah kami ke destinasi. Yeayyy! sukanya, sukanya! Dah siap-siap amik barang tuu, geraklah ke challet kitaorang. Aca-aca je challet tuuu. Hahaa, tidur kat asrama sana jugak. Kitaorang dekat KM Bukit Linggi tauu. Boleh tahanlah tempat diaa. Time sampai sana tuu budak aspura sombong lagi. Mintak tolong angkatkan barang punn macam cakap dengan tayar bas je gayanya. Sangatlah krik-krik. Tapi, takpee. Sabar jee lah time tuu. Bak kata Fadhil, benda boleh settle. Tak jadi hal lahh. Iyelahh.
Sampai je dekat depan pintu KM Challet, ngatkan terus sampai asramanya. Boleh laaa baring-baring teruss. Penat kott. Rupanyaa, asrama kitaorang tuu dekat atas bukit sana. Alahaii, bawak beg roda punn sama je. Kena angkat jugak. Okay, takpe lahh. Panjat jee lah tangga. Sampailah dekat satu perumahan yang agak-agak macam challet tuuu. Dalam pikiran kitaorang, mungkin inilahh asramanya. Sambil-sambil tunggu kunci duduklah kejap depan rumah tuu. Gaya macam orang asli jaa. Hahaaa.
Tak lama lepastu, ada sorang pemuda ni datang. Cehhh, pemudalah sangat. Ada seorang pakcik nii datang. Katanya, yang tempat kitaorang duduk nii bukan asramanyaa! Lahaii, asrama kitaorang atas lagi. Kena naik tangga lagi. Hailah. Takpa takpa. Naik jhe. Sikit lagi tuuu.
Dann, akhirnyaa sampai jugak. Masuk-masuk je asrama tuu terus baring bawah kipas. Dah siap-siap iron semua tuu. Ahaa, kitaorang siap bawak iron tauu. Biasalah, perempuan. Kitaorang bahagi-bahagilahh siapa yang bawak iron, shampoo, sabun, semuanya tuu lahh. Perfect laa kiranya. Ecehh, hahaha. Okay, dah siap-siap semua tuu kitaorang dipanggil turun untuk makan. Hmm, bestnyaa! Semua memang tengah lapar punn.
Dah siap makan, dah siap solat. Mulalah ekspedisi kitaorang. Ke pantai. Yeayy!
Pergi pantai untuk apa? Ahaa, kitaorang pergi pantai sebab ada aktiviti lahh. Aktiviti kitaorang petang tuu explorace dan sukaneka. Dengan panas-panas teriknyaa kitaorang main. Hehee, tak jadi hallah tuu. Sanggupakan semuanyaa? Kitaorang dibahagi kepada empat kumpulan. Elehhh, ikut firqah sekolah tuu. Aku team hijau! Bak kata Mujahid, team paling degil. Memang paling degil. Geram jee tengok.
Petang tuu mula-mula kitaorang main explorace. Then, sukaneka. Bagi aku antara explorace dengan sukaneka, sukaneka lagi best ahh. Jujur nii. Tapi, dua-dua best jaa sebenarnyaa. Hihi. Tafsir sendiri game yang kitaorang main melalui gambar-gambar nii okayy?
Yang paling aku ingat. Kitaorang main carik kacang dalam tepung dann baling kad dalam tembikai. Hahaa, cemmtu lahh gamenyaa. Tapi, macam biasalah. Team aku tuu main tipu jee. Budak lakilah. Tapi, gaya diaorang tuu sangat melawakkan! So, takdee mood untuk marah. Tapi, sangat sangat tabik dengan team merah. Diaorang semangat sangat. Bagus bagus. Palingg nampak semangatnyaa tuu Nublan. Hahaha, tak boleh lupa macam mana gaya dia betul-betul teliti taknak lepasi garisan. Alahaii. Hahaha.
Thenn, lepas kitaoarng sukaneka, explorace semua tuu kitaorang main ragbi untuk aspuri. Aspuara aku taktau main apa. Sepak takraw mungkin. Tapi, macam biasalah. Team aku yang lelaki macam krik-krik ajaa. Dok main pantai. Okayy, mungkin teruja sangat tak penah pergi pantai. Kena faham ituu. Hahaaa.
Yang game ragbi tuu best sangat sangat. Sebab bebas time tuu main tanpa budak laki. Aku hanya mampu gelak-gelak sampai terduduk jee tengok dorang main. Kelakar sangat! Hahaaa. Team biru menang tauu. Ahlinyaaa tough-tough katanya. Hahaha. Lepas main kitaorang dibenarkan main aktiviti bebas. So, apalagi. Pantailah!
Best sangat time tuu. Semua part best senanya. Hahaaa. Pastuu, dah nak maghrib tuuu kitaorang naik atas siap-siap untuk BBQ malam tuu pulak. Ecehh, dengar kata budak laki nak pakai kemja malam tuu. Smart lehh tuu? Hahahaaa, tengok je laa. Malam tuu pulak aku dikehendaki jadi MC. Terima je lahh. Berpasangan dengan Mujahid. Okaylah tuu.
Malam tuu ada aktivit BBQ, then ucapan daripada guru pengiring, daripada ketua form. Tuu, gambar Hafiz tuu. Dia bagi ucapan lahh tuu. Gaya dia bukan main. Hahaaa. Pastu, ada penyampaian hadiah semua tuu lahh.
Lepas amik hadiah semua-semua tuu. Macam biasalah. Amik gambar ramai-ramai. Kitaorang diberikan topeng Masquerade tauu. Ntah betul ke tak tuu ejaanya. So, semua kena pakailah. Tu yang tak sangka tuu aspura boleh pakai topeng tuu. Hahaha.
Diakhiri dengan bergambar dengan team, dan tukar-tukar hadiah. Malam tuu tak boleh tidur. Borak aja lebih. Ingat balik pasal main siang tuu. Semuanya lahh. Gelak sama-sama. Ada yang iron baju. Semuanya lahh. Pastu, sebelum tidur tetiba dengar bunyi bising-bising depan pintuu. Apasal tuu?
Huilahh, tak sangka sangat-sangat. Aku tanya dekat dorang-dorang yang bising depan pintu. Nampak dorang taruk tv depan pintu. Hahaha, kenapalah tuu? Rupa-rupanya, katanya dekat luar ada budak aspura. Dahtu, kenapa? Aku ingat lagi ayat nii. Takkan lupa!
Aspura stay up malamni sebab nak jaga kita
Tak sangka laa! Hahaha, semua dah senyum-senyum dahh. Terharu lahhh tuu. Hahaha, tak sangka tauu! Tapi, dorang letak tv depan pintu tuu untuk langkah berjaga-jaga. Aspura sebelah bilik jee. So, malam tuu boleh laa semua tidur dengan aman dan lenanya. Hahaaa.
Esok paginyaa, awal-awal pagi kitaorang bangun dan pergi ke pantai untuk jalan-jalan. Aspura tidur lagi. Biasalah, kan penat berjaga malam tuu. Kita kena faham tuu. Hahaa. Pagi-pagi tuu jalan-jalan kat pantai sebelum tunggu waktu untuk breakfast. Cehh, speaking.
Macam-macam kitaorang buat time tuu. Amee, ingat tak apa kita buat? Apink tuu! Hahaa, tak boleh lupa semuanya lahhh. Pastu, dah siap-siap makan semua tuu. Aktiviti kitaorang yang seterusnya adalah kayak! Yeayy! Gentar sangat time tuu. Pegang tangan masing-masing semua cuak. Cik Linda ada cakap dengan kitaorang, suruh naik dengan aspura. Sebab kayak tuu dua seat. Cik Linda kata, kalau naik dengan aspura keselamatan korang terjamin sikit. Sebab budak laki nii walaupun dorang baru cuba sesuatu tuu untuk kali pertama. Dorang tetap mampu buat. Otak dorang lain dengan perempuan. Permpuan ni gelabah katanya. Kang tak pasal-pasal terbalik kayak tuu. Hahaha, silalah berbangga dengan kenyataan ini Fadhil :)
Mula-mula ramailah malu-malu nak naik dengan dorang. Tapii, poyo jaa. Malu-malu tapi mahu. Yekk! Hahaa, kayak tuu ada 10. So, setiap kayak kan ada 2 seat. Kiranya sekali jalan 20 oranglahh. Kitaorang ada 40 orang. 2 trip laa kiranya. Sebelum naik kitaorang dengar taklimat dulu dari aciknyaa. Ahaa, ada sesuatu yang menarik. Challet ituu ditubuhkan tahun 1998. Wuhuu, best sangat dengar benda tuu. Taktau lahh kenapa. Aku bangga sangat dapat jadi budak batch 98. Seriusly!
Now! Tiba masa yang ditunggu-tunggu. Setiap orang diberi partner. Dann aku berpartner dengan insan yang digelar 'Porsche'. Hahaa, aku partner dengan dia. Mula-mula Cik Linda cakap aku partner dengan dia. Bila dah ramai-ramai dia sebut, dia lupa agaknya. Tetiba suruh aku partner dengan Anwar kalau tak silap. Ehh, taknak taknak! Naik je lahh dengan Porsche tuu.
Tahu tak apa perasaanya? Best sangat! Tak terkata. Tak terluah. Tak tergambar. Kali pertama naik memang cuak habis. Takut jee tergolek kayak tuu. Tahu takk betapa bestnyaaa tuu. Lama jugak aku naik tuu. Tetiba aciknya panggil suruh ganti orang. Aku punn turunlahh. So, kiranya yang trip pertama tadi semua turun. Dah turun tuu, budak-budak yang belum naik semua tanya apa perasaan. Seriously, best sangat! Bila naik dengan budak laki korang akan rasa perasaan dijaga tuu. Itu komen budak-budak yang naik trip pertama. Ye, memang tak dinafikan punn. Dorang je yang dayung sampan tuu. Kebanyakan nyaa semua duduk rehat jaa atas tuu sebab penat. Dayung punn kejap jee. Kiranya banyak aspura yang dayung jee laa. Sweet jaa bila ingat balik. Macam mana cara dorang jaga kayak tuu tak kasi terbalik. Alahaii, aku memang takleh lupaa. Hahaaa. Fadhil, inilah yang kitaorang katakan sweet tuu. Ada faham?
Okay, kemudiannya. Aku naik lagi kayak untuk kali kedua. Kali nii aku naik dengan Diyan pulak. Haha, best sangat! Sampai terlebih had kawasan tahu takk. Itulah saat paling cuak bila takda sapa nampak dan beri pertolongan. Hahaha, kelakarnya time tuu. Dengan gaya Diyan yang terpusing-pusing belakang panggil acik boatnya. Sambil taip aku gelak-gelak bila ingat balik. Hahaha. Semua merasa laa naik kayak tuuu. Fatihah yang mula-mula taknak naik tuu pun sampai 5 kali naik tauu.
Ahaa, satu lagi. Kitaorang ramai-ramai kenakan KF kitaorang. Hahaha. Dok sebut-sebut cakap dengan parents Nazirah suruh dia naik dengan Hafiz. Yess! Itu paling best aku rasa bila tengok dorang malu-malu. Hehh! Menyampah. Hahaha. Lawaklaaa. Penat gelak bila ingat balik. Tapi, kata Nazirah. Hafiz atas kayak diam aje. Hmm, ntahlahh. Apaaalah Hafiz. So, Nazirah kata macam krik-krik aje. Hahaha. Takpe lahh. Bak kata mak Nazirah kita kena sporting. Dan sporting itu tetap ada jaga batas syariatnyaaa. Okay.
Haaa, tuu lahh gambar yang boleh aku share setakat nii. Takkan nak taruk semua kankan? Tapi, serius. Sangat-sangat best part kayak nii. Best sangat-sangat. Dann, lepas jee aktiviti kayak nii. Tibalah, saat untuk kami meninggalkan KM Challet nii. Semua dah siap-siap untuk balik. Kemas-kemas bilik semua tuu. Mana yang pergi bawak 2 beg, balik jadi 3 beg. Hahaha, banyak sangat baju nyaa. Tapi, nasib baiklah aku tetap sama banyaknya. Time turun tuu kann, dorang budak aspura bawakkan beg kitaorang. Alahaiii. Terharu! Ecehh, hahaha. Fadhil, nak tahu takk? Kat group aspuri tuu penuh pasal puji koranggg. Tak sangka korang cemni time kat sana.
So, balik tuu kitaorang ramai-ramai pakai baju form. Yang aku perasanlaaa, semua nampak smart sangat bila pakai baju form.
Lepas siap-siap semuanya, kitaorang punn geraklah ke Bandar Hilir. Time dalam OnTheWay tuu kebanyakkan nyaa tertidur jugak. Penat lahh tuu. Perjalanan Kuala Linggi ke Melaka jauh tauuu. Tapi, tak amanlah tidur. Sebab dorang nyanyi-nyanyi kat belakang. Dengar kan sajalahh. Suara sedap katanyaa. Hahaa. Dah sampai sana, kitaorang pun berpecah.
Aspura yang lain taktau pergi mana. Tapi, sesetengahnya ikut kitaorang sekali naik River Cruise.
Ahaaa, ada sesuatu yang special! Kitaorang terjumpa someone tauuu. Ce teka siapa? Cepatlah, cepatlahhhh. Kitaorang jumpa Ustaz Azhar Idrus. Wuhuuu!
Jeles tak jeles tak? Seperti kata Nublannn, dia sendiri yang duduk Terengganu pun tak pernah jumpa. Kata Hafiz pula, haritu dah jumpa Ustaz Zamri. Ni Ustaz Azhar pulakk. Ahaa! Best sangat! Paling tak boleh lupa tie nak mintak amik gambar tuu. Semua takut-takut. Tak berani nak mintak. Sehinggalah mintak dekat anaknya amikkan gambar tuu. Haa, yang tuu klimaks tuu. Anaknya malu! Hahahaha, dia mintak adik perempuan dia amikkan. Hikhik. Seperti kata Safiah dan Sabrina, anaknya hensem. Hoho, no komenlahh.
Dan dann semua tuu, kitaorang pun geraklah balik. Saat yang paling tidak dinantikan. Dah balik rupanyaa. Alahaii, pukul 5.45 bas dah gerak untuk balik. Hmm/. Sebelum balik kitaorang singgah RnR untuk makan dan solat. Kitaorang makan dekat Restoran Jejantas tauuu. Aku eksited laa jugak. Sebab last pergi time kecik.
Ensiden yang paling aku ingat time kat RnR tuu, bila Amee tersalah masuk toilet. Hahahaha, kelakar sangat! Sampai ada jaga kat depan toilet sebab takut ada yang tersalah masuk lagi. Baju dahh ahh sama. Hahaha. Apaaalah Amee nii. Dann, kitaorang punn gerak balik. Lampu dalam abas dimatikan. Cuma lampu tengah je on. Sedhnyaa time tuu, tapi tak terasa lagi. Rasa kejap sangat perjalanan balik tuu. Kitaorang lalu dari KLIA. Tetiba ramai pulak yang nak turun. Dekat Olak Lempitlah, Labohan Daganglah. Tapi, memang sangat tak boleh lupa time Nublan turun.
Wehh, sedih sangat. Muka dia punn nampak berat sangat nak turun. Yang turun bukan dia sorang. 4 orang lagi tuu. Ehh, memang takkan lupalah. Bila dia dah turun tuu. Bas punn gerak. Tahu tak, semua dalam bas tuu lambai dekat dorang. Rasa macam kali terakhir jee jumpa time tuu. Bayangkan, apa perasaan dorang yang ekat bawah tuu? Seperti kata Nublan, dia sedih sangat bila tengok sahabat-sahabat dia lambai dari atas.
Alahai, baru kali nii aku rasa nilainya persahabatan tuu. Baru kali nii aku nampak kasih sayangnya antara kita tuu. Dann inilah yang bakal jadi legenda yang tak akan diulang tayang lagi. Tahun depan ramai yang pindah. Taknak rasanya tengok dorang pindah. Dorang yang pindah punn rasa macam berat sangat nak tinggalkan SAMTTAR nii. Seperti kata-kata mereka.
Aku rasa berat sangat nak pindah bila tengok gambar-gambar kita. Tak sanggup laa nak pindah, tapi nak buat macam mana. Rezeki aku bukan kat sini. Doakan aku untuk pindah dengan tenang. Betul ke keputusan aku nak pindah ni?
Dan paling aku suka dengar.
AKU TAK JADI PINDAH
Hahaaa, tapi takda sapa punn lagi yang kata cemtu. Korang, pikir balik tauu. Kenang balik saat-saat kita kat sana. Ingat balik. Aku mengharapkan jangan pernah pudar kasih sayang antara kita. Dan paling aku harapkan jangan sayang kawan baru korang melenbihi kitaorang. Haha. Kejam! Tapi, itulah yang aku harapkan. Aku takut persahabtan kita terhenti sampai sini je. Aku taknak semua tuu. Ingat tak? Bola kita yang kita tinggalkan di sana?
Fahami lahh, mungkin bola itu sengaja pergi sebab dia nak kita datang sana balik, ramai-ramai untuk amik bola tuu. Nampak mengarut. Tapi, memang mengarut. Hahaha, tapi cuba fahamilahh erti kenapa Allah takdirkan bola tuu hanyut. Kenangalah sentiasa saat kat sana! Sejak balik tuu baru aku perasan ukhuwah kita. Aku rasa bukan aku je. Korang punn kan? Sendiri baca kann dekat komen gambar kita tuu? Semua luahkan perasaan. Bak lelaki mahupun perempuan. Ego. Sudahlah. Buang ketepi. Tak salah nak mengaku sayang kat sahabat-sahabat. Nak tunggu bila lagi? Jangan banggalah denga ego tuu. Untuk kali ni aje? Rendahkanlah. Ucapkanlah kata-kata sayang tuu.
Nanti kita buat reunion ye korang!! Aku nak jumpa korang ramai-ramai lagi. Tapi, takut sangat time tuu tak ramai yang datang. Takut korang dahh malas nak jumpa kengkawan lama. Alahai.
Harapnya takk. Aku mengharapkan persahabatan kita ni kekal selama-lamanya. Bukan sehari, dua hari. Tapi, selama-lamanya. Awak dengar tak? Cehh, budak couple seminggu. Tauu korangg? Aku taknak putus persahabtan kita ni. Korang pun mesti taknak kann? Legend sayang Querida kann? Querida sayang Legend kann? Legend of Querida yang kita sayang kann? Buktikan. Tunaikan. Ingat impain kita. Ingat tauu budak-budak Querida. Wisma Querida kita tuu. Ingatlah korangg. Kalau rindukan sahabat-sahabat. Doakan mereka. Tau tauu? Kenanglah aku dalam doa korangg.
Tak lama lagi result keluar korang. Harap sangat gempak-gempak result kita. Tunjukkan kat cikgu. Walaupun kita beramasalah, kita mampu. Tapi, walau apa pun result kita, gempak ke tak ke. Persahabatan tetap kita jaga. Okay? Kenang balik saat susahnya kita nak buat trip nii. Ingat balik, macam mana anggapan cikgu-cikgu kat kita. Kenang balik. Sedihkann? Tapi, takpee. Harapnya ada keajaiban disebalik yang berlaku nii. Aku ingat lagi. Haritu aku on, terkejut sangat bila ada yang kata Querida bermaksud 'perempuan simpanan' Wehh?!! Terkejut sangat sangat. Sedih sangat time tuu bila orang luar kata cemtuu. Tapi, bila tengok balik komen-komen nyaa. E'eh, tersenyum aku bila tengok ada 'hero' bekap. Hahaha.
Serius tak sangka. Hafiz tuu, bukan main laaa. Terima kasih sangat-sangat dekat korang. Ahaa, satu lagi. Saja je nak share. Hahaaa.
Dann untuk akhirnyaaaa. Gambar ini jadikanlah cover photo kita ramai-ramai. Okay? Taknak punn takpee. Hehe. Kenanglahh sentiasa gambar nii. Satu gambar mempunyai seribu makn kankan? Hanya kita je yang boleh faham, yang kita je yang boleh tafsir segala-galanya walau hanya sekeping gambar.
"Nilai ukhuwah kita tinggi, sebab untuk bersatu hati itu pengorbanannya bukan ambil masa satu dua hari"
Sesungguhnya SAHABAT itu wujud dari 1 pertemuan dengan 10 pertanyaan , 100 keyakinan dan 1000 kali pengorbanan serta berjuta-juta kali perjuangan dan 1 keikhlasan atas keredhaan Allah . Andai seorang sahabat membuat kebaikan , ukirlah di atas batu agar ia tersemat dihati dan kekal sebagai memori terindah dan seandainya seorang sahabat membuat kesalahan , tulislah ia diatas pasir agar ia hilang ditiup angin kemaafan ukhuwah tu rasanya lebih manis dari gula-gula kapas sedangkan permusuhan tu lebih pahit dari ubat ambroxol mucosolvan yang liquid tu. Imbaslah kenangan semalam jadi azimat penguat semangat, menempuh masa hadapan harapanku kaukan bahagia selalu! |

Terharu sgt bce.. Ni aku ely.. Hahha... Ak pon.. SAYANG LEGEND OF QUEIDAS sgt2..! Seriously x tipu... Jom jd kluarge bhgie mcm yg kak teha cabar tu!
Post a Comment