
|
Peace Owner ![]() Hi there~ Welcome to my cutie peace blog! ^^ REPLACE WITH YOUR OWN WORDS
PAUSE HERE
Peace Backgrounds Peace Secret Boxes
| Running Queridas
Assalamualaikum. Lama sangat dah rasanya tak update entry dekat blog nii. Nak tahuuu tak? Aku dah habis PMR tauuuu?! Dah lama punn sebenarnya. Hikhik. No komen laaa pasal paper. Tapi, kenangan sangat dalam dewan tuu. Taktau nak ceritakan macam mana rasanya.
Paling tak boleh lupa, hari first periksa. Semangat je debar segala bagai. Tangan seram sejuk. Kaku menggigil. Berpeluh semua tuu. Padahal hari first je. Masuk hari kedua takde dah. Tapi, paling suka sebelum masuk dewan tuu sebab ada takbir wida'. Tapi kann, budak asrama je semangat :( Budak luar nak taknak je. Tapi takpe lahh. Budak asrama memang suka buat gempak. Gaya macam sekolah tuu dia je yang punya. Hihi. Apalaaaah.
Sambil menaip, sambil dengar lagu blog sendiri. Tetiba teringat orang tersayang. Jujur aku rindu. Aku rindu korang sangat. Sangat-sangat. Siapa tak sayang sahabat kann? Lagi 2 hari je sekolah. 2 hari je tau tak? Cikgu kasi kitaorang cuti awal. Jujur! Taknak cuti awal tuu? Teruk sangat ke budak-budak tahun nii? Sedihnyaa bila dengar cikgu cakap, "Tahun ini merupakan tahun pertama sekolah TIDAK buat aktiiti untuk pelajar lepasan PMR". Tahun pertama tau takk?
Bukan bangga dengar ayat tuu. Sikit punn tak bangga. Sedih+kecewa. Poyo ayat, gaya macam orang putus cinta, frust menonggeng. Dulu bukan main lagi kata ada perkemahan dekat sekolah 3 hari 2 malam. Itu yang paling aku tunggu. Satu form 3 join katanya. Itu yang aku tunggu sangat-sangat. Teringin jugak aku nak kenal-kenal budak luar yang tak sekelas tuu.
Mungkin boleh jadi satu kenangan, bila ada yang pindah nanti. Tapi.. Takde pun. Siapa tak sedih? Sedih sangat-sangat. Hanya sebab seorang buat salah satu form kena. Allah. Terima je lahh. Belajar untuk menerima. Seperti kata salah seoarng sahabat aku, "Mungkin ada hikmah disebalik ini semua. Kita doa baik-baik ye. InsyaAllah". Aku cuba sedapkan hati aku dengan ingat kata-kata tuu. InsyaAllah.
19/10/2013. Tarikh itu bersamaan dengan hari Sabtu. Disebabkan takde aktiviti untuk kitaorang, so ajk form punn buat satu cadangan buat aktiviti sendiri je. Tapi, budak-budak asrama je lahh. Tak mampu nak tampung satu form. Diikutkan Jumaat sebelumnya tuu kitaorang dah boleh balik. Tapi, kitaorang mintak stay untuk satu hari sebab nak adakan program.
So, dah hadapi segalanya untuk buat program tuu. Maka, dengan izin Allah terjadi jugak program yang kitaorang nak buat tuu. Bukan program punn sebenarnya. Atau lebih tepat game laaa sebenarnya. Hihi. Namanya 'Running Queridas' a.k.a Running Man sebenarnya. Takkan lahh nak tiru nama sekali kann?
Malam sebelum main tuu kitaorang satu form kena cabut undi. Aha, tertinggal. Hos game kitaorang nii, adalah Safiah, Diyan dannn Yana! Asalnya diaorang ada ajak jugak. Tapi, mestilah nak main kann?! Hihi. Okay, malam tuu kitaorang yang main nii kena cabut undi sama ada jadi 'Musush' ataupun 'Mangsa'. Jeng jeng jeng.
Syaratnya, Musuh kena cabut nama Mangsa tapi Mangsa tak boleh cabut nama Musuh. Komfemlah ramai nak jadi Musuh. Termasuklah aku. Punyalah main kenyit-kenyit mata dengan Amalin, Sabrina dann Anis duk rancang nak jadi musuh. Sekali tuu, dan undi. Jeng jeng jeng. Bukak je kertas. Hanya mampu tersenyum saja. Pandang kiri pandang kanan. Pastu, gelak sorang-sorang. Hahahaha! Gilanya aku rasa. Cuba teka aku dapat apa? Yang kitaorang yang duk kenyit-kenyit mata tadi pun saling memandang pastu semua sengih. Hahaha! Tah pape tah.
Then, Safiah tanya siapa dapat Mangsa? Tahuu takk? Kitaorang yang duk kenyit-kenyit mata tadi semua dapat Mangsa. Choiii, lawak tau takk? Hahahaha, member terapat semua satu geng. Hahaha. Ada gambarnya. Tapi, Diyan belum masukkan. Tunggu je lahhh.
Okay, lepas cabut undi tuu ada undi lain pulak. Kena undi dekat tempat mana yang akan kitaorang diletakkan. Syaratnya, tempat itu mestilah dirahsiakan. Undi, undi, undi. Choppp! Aku cabut satu kertas. Dannnnnn, membukanya. Ahaaa, aku dapat dekat 3 Siddiq. Tapi, apa guna tempat tuu? Tak pahamlahhh!
Okay, rupanya. Kitaorang main 2 game. Yang pertama kitaorang akan diletakkan di tempat yang dah diundi kemudian wisel akan dibunyikan dann semua hendaklah cabut nama antara satu sama lain. Pandai-pandailah jaga diri. Pastu, yang kedua barulah main yang Musuh vs Mangsa tuu. Hehe.
Esoknyaaa, masa yang ditunggu telah punn tiba. Kitaorang buat warming up dulu lahh. Pastu, dah habis semua tuu Safiah, Yana dan Diyan bawak kitaorang dekat tempat-tempat yang telah ditetapkan. Semua taktau tempat kawan diaorang yang lain. So, lepas je aku diletakkan kat 3 Siddiq tempat pertama yang aku pergi bawah meja guru. Aku punn nyorok laaa kat situ. Tapi, tak tahan. Panas! Aku keluar, pastu lari slow-slow pergi almari belakang dann nyorok kat situ. Hehehehe. Tak lama lepastu, aku nampak seseorang. Dengar bunyi tapak kasut dari jauh. Ehh, game belum mula lagi kann?
Nampak Fadhlina! Aku usha je dari dalam. Dengar ada yang menegur dia.
A: Fadhlina, kau tak main ke?
F: Tak.
A: Apasal?
F: Sajaa.
Aku dengar suara tuu dekat kelas Amanah. Macam kenal. Hanani! Hahaha, kantoi ada kat kelas sebelah. Aku punn diam je lahhh. Then, tak lama lepastu game punn bermula. Semua keluar dari tempat persembunyian. Tapi, aku takk. Takut. Aku duduk je dalam kelas tuu. Dah reda sikit. Aku jenguk kepala sikit keluar.
Woooooo! Nampak Anis! Hahahaha, bergelutlahhh kat situ. Punya gelabah aku cover nametag. Kamera man punn tetiba datang merakam aksi. Hahaha, tetiba diluar jangkaan. Yeayyyy! Dapat cabut nama Anis. Hahahahaha, bila ingat balik lawak sangat tengok muka dia yang merajuk sebab tak sempat cabut nama sapa punn lagi. Hahahaha, hanya mampu gelak je time tuuu. Sori Anis :D
Aku pergi kat koridor jenguk bawah tengok siapa je yang dah mati. Ramai jugak. Pastu, dok bertekak dengan Anis dari atas. Hahahahaha, dalam aku tak sedar tuu ada yang cabut nama aku dari belakang. Arghh! Frustnyaaa. Aku pusing. Tahu takk siapa? Diaaaa, Fatihah! Hahaha, tensionnya! Anis dah loncat-loncat kat bawah. Aku hanya mampu memandang Teah dengan hati yang lara. Yekk! Hahahaha, takpe takpe. Jaga kau Fatihah :P
Hailahh, dah azan zohorlah. Bila-bila aku update entry lagi ea. Hahaha. Penat dah tangan menaip. Asalnya, nak tulis sikit je. Panjang pulak jadinya. Nanti, aku share gambar sekali. Bye!
|

Nice blog here..jom join Give Away Contest http://1eykashahidan.blogspot.com/2013/10/giveaway-contest.html
Post a Comment